Monday, January 23, 2017

Sambutan Maulidur Rasul dan Penutup Dikir 1438H

الاحتفال بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم ١٤٣٨ه


10 DISEMBER 2016 - Sambutan Maulidurrasul bukanlah suatu sambutan yang asing bagi komuniti BRUCAI khususnya dan Muslimin Muslimat amnya. Alhamdulillah, pada malam yang penuh berkat ini, BRUCAI sekali lagi mengadakan sambutan Maulidurrasul sekaligus Malam Penutup Dikir bagi tahun 1438H yang bertempat di Surau Darussalam.

Majlis sambutan ini bukan sahaja untuk merapatkan silaturrahim sesama pihak kedutaan Brunei di Kaherah dan mahasiswa-mahasiswi, malah ia juga boleh menguatkan rasa mahabbah, cinta dan kasih sayang terhadap Nabi junjungan kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam melalui wasilah dikir-dikir dan qasidah-qasidah yang didendangkan.


Majlis ini dimulakan dengan kehadiran mahasiswa-mahasiswi diikuti dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin dan Pegawai-Pegawai Kedutaan beserta ahli keluarga. Acara diteruskan pula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Dikir Syarafil Anam dan Qasidah beramai-ramai.

Bacaan doa pula tidak lupa dibacakan bagi memberkati Majlis Sambutan tersebut dan diteruskan pula dengan solat Isya' berjemaah serta diakhiri dengan menikmati jamuan yang telah disediakan.