INSTITUSI PENGAJIAN MAHASISWA/WI DI MESIR
دراسات طلبة بروناي دارالسلام في مصر
UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH
جامعة الأزهر بالقاهرة
Universiti al-Azhar (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر
الشريف; al-Azhar
al-Shareef, "Azhar yang Mulia"), adalah sebuah institusi
pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat
kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969,
ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan
yang masih beroperasi selepas Universiti
al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.
Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah
(909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya.
Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam
termasuklah pendidikan.
**Untuk maklumat lanjut mengenai Universiti
Al-Azhar, sila rujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_al-Azhar dan http://www.azhar.eg/education
______________________________________
FAKULTI/KULIAH UNIVERSITI AL-AZHAR
كليات جامعة الأزهر
Al-Azhar sekarang ini tidak ketinggalan seperti universiti-universiti ternama di negara lain. Universiti Al-Azhar menawarkan pelbagai fakulti / kuliah mengikut perkembangan semasa. Adapun mahasiswa atau mahasiswi Brunei Darussalam majoritinya memilih fakulti / kuliah di bawah Pendidikan Agama Tingkat Tinggi yang mana ia terbahagi kepada tiga; Kuliah Syari'ah, Kuliah Usuluddin dan Kuliah Bahasa Arab.
Secara umumnya, pengajian bagi fakulti-fakulti pendidikan agama / pengajian Islam adalah selama empat tahun bagi peringkat sarjana muda / degree (الليسانس/البكالوريوس). Manakala untuk peringkat sarjana / master (الماجيستر) perlu menempuh dua tahun pembelajaran, kemudian diteruskan dengan penulisan tesis minimal satu tahun (namun sangat sukar dapat diselesaikan setahun). Untuk masa ini, tiada pelajar Brunei yang belajar dalam peringkat sarjana ini.
1. Kuliah Syariah Wal Qanun
3. Kuliah Lughah 'Arabiyyah
4. Kuliah Dirasat Islamiyyah
5. Kuliah Dakwah Islamiyyah
1. Jurusan Syari'ah
Sekitar tahun 2012, Al-Azhar mula mengadakan peperiksaan kelayakan(امتحان قبول) bagi penuntut bukan Arab (Wafidin) untuk menilai tahap bahasa Arab sebelum memulakan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam fakulti / kuliah pendidikan agama/pengajian Islam.
Peperiksaan tersebut melihat dari aspek kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur dalam bahasa Arab. Apabila para pelajar didapati lemah dalam bahasa Arab, maka mereka dikehendaki untuk masuk dan belajar di Markaz Lughah (Pusat Bahasa).
Adapun Markaz Lughah (مركز الشيخ زايد لتعليم اللغة العربية لغير الناطقين بها) yang dijalankan di bawah
Universiti Al-Azhar itu mempunyai tujuh peringkat; bermula dari peringkat
permulaan (مبتدئ) sehingga peringkat cemerlang (متميز).
Setiap peringkat memerlukan masa lebih kurang satu bulan, ataupun dua minggu
bagi kelas intensif.
Peperiksaan akan dijalankan di hujung setiap peringkat
untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Apabila pelajar sudah melepasi
peringkat cemerlang (متميز), barulah pelajar dibenarkan untuk mendaftarkan diri di fakulti
pengajian Islam di Universiti Al-Azhar; samada Fakulti Syari’ah, Fakulti Usuluddin,
Fakulti Bahasa Arab dan yang lainnya.
Fakulti-fakulti yang ditawarkan Universiti Al-Azhar bagi Mahasiswa |
![]() |
Fakulti-fakulti yang ditawarkan Universiti Al-Azhar bagi Mahasiswi |
Secara umumnya, pengajian bagi fakulti-fakulti pendidikan agama / pengajian Islam adalah selama empat tahun bagi peringkat sarjana muda / degree (الليسانس/البكالوريوس). Manakala untuk peringkat sarjana / master (الماجيستر) perlu menempuh dua tahun pembelajaran, kemudian diteruskan dengan penulisan tesis minimal satu tahun (namun sangat sukar dapat diselesaikan setahun). Untuk masa ini, tiada pelajar Brunei yang belajar dalam peringkat sarjana ini.
******************************
Fakulti / kuliah Agama untuk Mahasiswa di Cairo ada lima:
[ (**) - Jurusan yang diambil mahasiswa Brunei ]
[ (**) - Jurusan yang diambil mahasiswa Brunei ]
1. Kuliah Syariah Wal Qanun
- Jurusan Syari'ah Wal Qanun
- Jurusan Syari'ah Islamiyyah** (lihat senarai matapelajaran)
2. Kuliah Usuluddin
- Jurusan Tafsir dan Ulum Al-Qur'an** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Hadith dan Ulum Al-Hadith** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Aqidah dan Falsafah** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Dakwah dan Thaqafah Islamiyyah** (lihat senarai matapelajaran)
3. Kuliah Lughah 'Arabiyyah
- Jurusan Lughah 'Arabiyyah dan Adab (Umum)** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Tarikh Wal Hadharah
- Jurusan Shafahah Wal I'lam [Jornalistik dan Media Massa]
4. Kuliah Dirasat Islamiyyah
- Jurusan Umum sahaja
5. Kuliah Dakwah Islamiyyah
- Jurusan Umum sahaja
******************************
Fakulti/kuliah Agama untuk Mahasiswi di Cairo cuma ada satu, iaitu:
Kuliah Dirasat Islamiyyah Wal 'Arabiyyah, ianya terbahagi kepada tiga jurusan:
[ (**) - Jurusan yang diambil mahasiswi Brunei ]
[ (**) - Jurusan yang diambil mahasiswi Brunei ]
1. Jurusan Syari'ah
- Jurusan Syari'ah Wal Qanun
- Jurusan Syari'ah Islamiyyah** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Tafsir dan Ulum Al-Qur'an** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Hadith dan Ulum Al-Hadith** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Aqidah dan Falsafah** (lihat senarai matapelajaran)
- Jurusan Lughah 'Arabiyyah dan Adab (Umum)** (lihat senarai matapelajaran)
******************************
Takhassus Al-Qur'an dan Qiraat, Ma'had Qira'at Syubro
(Mahasiswa & Mahasiswi)
Takhassus Al-Qur'an dan Qiraat, Ma'had Qira'at Syubro
(Mahasiswa & Mahasiswi)
Selain daripada itu, mahasiswa / mahasiswi Brunei juga tidak ketinggalan dalam mengambil takhassus Al-Qur'an dan Qiraat di Ma'had Qira'at Syubro, yang mana Ma'had ini merupakan salah satu institut pengajian yang dijalankan di bawah Al-Azhar As-Syareef. (lihat senarai matapelajaran)
______________________________________
MARKAZ LUGHAH AS-SYEIKH ZAID
مركز الشيخ زايد لتعليم اللغة العربية لغير الناطقين بها
Sekitar tahun 2012, Al-Azhar mula mengadakan peperiksaan kelayakan(امتحان قبول) bagi penuntut bukan Arab (Wafidin) untuk menilai tahap bahasa Arab sebelum memulakan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam fakulti / kuliah pendidikan agama/pengajian Islam.
Peperiksaan tersebut melihat dari aspek kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur dalam bahasa Arab. Apabila para pelajar didapati lemah dalam bahasa Arab, maka mereka dikehendaki untuk masuk dan belajar di Markaz Lughah (Pusat Bahasa).
It is really a very informative and Helpful article. I want to say more thankyou about this beautiful blog. It is the best time to apply for a Turkey visa online . All Museums, Attractions, Restaurants, Nightclubs, Bards are Open. And this time the condition of Turkey is also very favorable to visit.
ReplyDelete