About Our Association / فيما يتعلق بالجمعية


BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT BRUNEI DARUSSALAM DI KAHERAH, MESIR

الجمعية الخيرية لطلبة بروناي دارالسلام بالقاهرة، مصر


Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah, Mesir adalah merupakan satu badan organisasi yang telah ditubuhkan untuk menaung segala maslahat penuntut Brunei Darussalam yang berada di Mesir. Badan ini mempunyai nama singkatan iaitu BKPBDK. Badan Kebajikan ini mula ditubuhkan sejak tahun 1985 bersamaan dengan wujudnya Kedutaan Brunei Darussalam Ke Republik Arab Mesir dan beroperasi hingga sekarang.

Ahli BKPBDK adalah mereka yang telah tercatat secara administratif dalam fail kemasukan penuntut di Kaherah, tidak kira sama ada penuntut itu merupakan tajaan biasiswa kerajaan ataupun penuntut persendirian. Secara langsungnya, penuntut yang menuntut di Mesir adalah merupakan ahli BKPBDK.


_______________________________


AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT BRUNEI DARUSSALAM DI KAHERAH, MESIR

لجنة الجمعية الخيرية لطلبة بروناي دارالسلام بالقاهرة، مصر



 

Ahli Jawatankuasa BKPBDK adalah peneraju Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Di Kaherah dan bertanggungjawab dalam membantu warga BruCai, juga menjadi perantaraan di antara pihak kedutaan Negara Brunei Darussalam dan mahasiswa/mahasiswi seluruhnya.

Di samping itu juga BKPBDK mengadakan aktiviti-aktiviti ilmiah dan kebajikan dari segi rohani dan jasmani serta membimbing ahli-ahli BruCai untuk mencapai visi BKPBDK iaitu 'Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber' 'نَحْوَ وَحْدَةِ مُثَقِّفِي الْإِسْلَامِ المُتَمَكِّنِينَ' agar warga BruCai akan dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman menuntut ilmu di bumi para anbiya' seterusnya kembali ke tanah air dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. 



_______________________________


LOGO BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT BRUNEI DARUSSALAM DI KAHERAH, MESIR

رمز الجمعية الخيرية لطلبة بروناي دارالسلام بالقاهرة، مصر

 



 PENGERTIAN BENTUK LOGO

Masjid: Melambangkan syiar Islam bagi seluruh umat Islam. Ia juga sebagai tempat berjemaah dan sebagai tanda perpaduan, yang mana dengan adanya perpaduan ianya dapat menguatkan hubungan ukhuwah sesama muslim. Termasuklah sifat tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, sifat toleransi dan optimis sesama mereka.

Al-Quran: Melambangkan pegangan utama Ahli Sunnah wal-Jamaah. Al-Quran juga menyatakan didalamnya untuk berpegang-sama dengan Sunnah, kerana kedua-dua sumber ini adalah menjadi rujukan muhim intelek Islam yang berkaliber dalam semua aspek kehidupan.

Bulan Sabit : Adalah sebagai lambang cahaya kehidupan.Dengan adanya cahaya islam yang benar dan cahaya ilmu yang luas, ianya mempunyai satu sinaran hala tuju sebenar didalam kehidupan dan sekaligus dapat menghindari dari segala kesesatan and kegelapan.Maka tidak sia-sialah kita hidup sebagai seorang muslim di dunia dan akhirat.

Bintang: Sebagai simbol intelektual dan melambangkan harapan dan cita-cita.
 


******************************

PENGERTIAN WARNA LOGO

Kuning: Melambangkan keceriaan.

Merah: Melambangkan keberanian dan kemegahan.

Hijau: Melambangkan keislaman dan keamanan.

Biru: Melambangkan ketenangan.


No comments:

Post a Comment