Thursday, September 7, 2017

Majlis Korban dan Sambutan Hari Raya AidilAdha 1438H

 Juma'at, 1 September 2017- Dalam suasana menyemarakkan Aidiladha dan menghidupkan lagi sunnah Baginda Rasulullah Sallalhu 'Alaihi Wassalam di bumi para anbiya ini, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah dengan kerjasama seluruh warga BruCai yang sedang berada di Mesir telah mengadakan Majlis Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1438H. Majlis telah berlangsung di Bangunan Kediaman Pelajar Brunei Darussalam, di Hayyu Sadis, Kaherah. 




Malam Aidiladha 1438H telah didahului dengan sambutan Perhimpunan Malam Aidiladha  'Usrah BruCai' yang diadakan di Surau Bangunan Kediaman Pelajar pada hari Khamis, 31 Ogos 2017, dengan pengisian acara iaitu menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya secara berjemaah dan bertakbir beramai-ramai. 

Pada tahun ini, sebanyak dua ekor kerbau dan seekor khoruf telah disembelih dalam perlaksanan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini. Persiapan bagi  menempah dan membeli binatang korban telah dibuat pada awal bulan Ogos yang lalu di Daerah Munufiyyah. 

Acara penyembelihan binatang-binatang korban telah diadakan sebaik sahaja selesai Sembahyang Aidiladha 1438H di lokasi penyembelihan dan seterusnya di hantar ke Bangunan Kediaman Pelajar kira kira jam 1 tengah hari,  bagi sesi memucang-mucang, pembungkusan dan memasak dikalangan warga BruCai. Sebahagian besar dari daging korban telah diagihkan kepada fakir miskin yang berdekatan. 

Sambutan diteruskan lagi dengan Majlis Jamuan Makan Malam sempena Aidiladha 1438H iaitu didahului dengan Sembahyang Fardhu 'Isya berjemaah, Bertakbir dan Bacaan Doa Kesyukuran. Turut hadir selaku Tetamu-Tetamu Undangan di Majlis Sambutan tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kesejahteraan iaitu Ustaz Syarqawi bin Abu Bakar dan Ustazah Alimaswati bte Damong Hj Omarali. 


[ Untuk Melihat Gambar lebih lanjut, tekan di sini]