Thursday, October 12, 2017

Majlis Intikhabat Ahli Jawatankuasa BKPBDK Sesi 2017/2018




Kaherah, Republik Arab Mesir, 7hb Oktober 2017M bersamaan 20 Muharram 1439H - Alhamdulillah, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah (BKPBDK) sesi 2016/2017 telah melabuhkan tirainya dengan perlantikan baru Ahli Jawatankuasa BKPBDK sesi 2017/2018 di surau Darussalam yang dihadiri oleh Pegawai Atachi Pelajaran dan Kebudayaan sebagai tetamu kehormat, ahli-ahli BKPBDK, mahasiswa dan mahasiswi Brunei di Kaherah.


Majlis dimulakan dengan solat Isya berjemaah dan bacaan doa selamat oleh ketua Unit Agama Dan Akhlak, Augustian Abdul Hakeem bin Haji Daniel Alexander. Majlis diteruskan dengan ketibaan tetamu kehormat majlis, Ustaz Ariffin bin Dato Padua Haji Abu Bakar. Ketua Intikhabat sesi 2017/2018, Muhammad Haneesuddin bin Sakdon, memulakan ucapan alu-aluan diikuti dengan  kalam muqoddimah daripada mantan Presiden BKPBDK sesi 2016/2017 Mohammad Nur Naqiuddin bin Haji Rosman dan ucapan dari tetamu kehormat majlis. Kemudian, tetamu kehormat menyampaikan sepatah dua kata dan mengucapkan alfu mubarak kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik.


Kemuncak majlis  pada alam itu iaitu pengumuman keputusan undian dan penyampaian fail kepada Ahli Jawatankuasa baru serta sesi menandatangani kontrak di antara mantan Presiden BKPBDK sesi 2016/2017 dan Presiden baru BKPBDK  sesi 2017/2018. Acara diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada mantan BKPBDK sesi 2016/2017. Seterusnya, mahasiswa dan mahasiswi beredar untuk menikmati jamuan.


1. Abdul Azim bin Haji Adanan ( Presiden )
2. Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan ( Naib Presiden )
3. Muhammad Hafizurrahman bin Haji Awang Majid ( Setiausaha Agung I )
4. Nur Syamimi binti Haji Kahar ( Setiausaha Agung II )
5. Muhammad Najib Asyraf bin Husin ( Bendahari Agung I )
6. Assrina binti Haji Ibrahim ( Bendahari Agung II )
7. Muhammad Syazwi bin Murni ( Ketua Unit Agama Dan Akhlak )
8. Nurhaziqah binti Haji Ismadi ( Naib Ketua Unit Agama Dan Akhlak )
9. Muhammad Karnisyam bin Mohammad Rani ( Ketua Unit Pelajaran Dan Penerangan )
10. Nur Izyan Farhana binti Awang Mohammad ( Naib Ketua Unit Pelajaran Dan Penerangan )
11. Abdul Wafiy bin Haji Masri ( Ketua Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan )
12. Nazihah binti Husaini ( Naib Ketua Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan )
13. Hezqyl bin Haji Hanbali ( Ketua Unit Sukan Dan Kesihatan )
14. Irma Arina Nadhirah binti Haji Matussin ( Naib Ketua Unit Sukan Dan Kesihatan )
15. Muhammad Hazwan Nizam bin Ibrahim ( Ketua Unit Media Dan Publisiti )
16. Fauziah Fakhrunnisa binti Haji Jopry @ H.M Mujiburrahman ( Naib Ketua Unit Media Dan Publisiti ) 

  

Alhamdulillah semoga perlantikan ini membawa warga Brucai khususnya untuk mencapai matlamat BKPBDK iaitu KEARAH PERPADUAN INTELEK ISLAM YANG BERKALIBER dan diharapkan dengan wujudnya BKPBDK dapat menjadi wadah perhubungan mahasiswa dan mahasiswi amnya. Insha Allah.