Friday, November 10, 2017



البرنامج لمناسبة أسبوع التعارف للمستجدين والمستجدات سنة ٢٠١٧\٢٠١٨م



٢٦ \١٠\٢٠١٧ – لقد نظمت الجمعية الخيرية لطلبة بروناي دار السلام بالقاهرة في مصر مجلس "أسبوع التعارف للمستجدين والمستجدات سنة ٢٠١٧\٢٠١٨م" الذي تم تنفيذه لمدة ٩ أيام من ليل ٢٦ من شهر أكتوبر إلى ليل ٣ من شهر نوفمبر.

افتتح أسبوع التعارف بجلسة تعريف المستجدين والمستجدات بأنفسهم أمام جميع الطلبة - بعد انتهاء مجلس افتتاح أنشطة الجمعية الخيرية لطلبة بروناي دار السلام بالقاهرة وأداء صلاة العشاء جماعة – في مصلى دار السلام. وكان المجلس يزيد شرفا بحضور الأستاذ سرقاوي بن حاج أبو بكر والأستاذة اليماس واتي بنت داموغ حاج عمر علي.

وفي اليوم التالي، بعد صلاة الصبح جماعة، حضر المستجدون والمستجدات درس اللغة العربية 
.العامية الذي تم تعليمه على أيدي الإخوة والأخوات الكبار من السنة الأخيرة في دراستهم


أما أحب النشاط في ذلك الأسبوع، فهو الرحلة إلى الأماكن التاريخية الرائعة المتعددة في مصر ألا وهي قلعة صلاح الدين الأيوبي، ومسجد الإمام الشافعي، والأهرامات في الجيزة والسير في نهر النيل بالسفن.

وبعد ذلك، اجتمع المستجدون والمستجدات كلهم لمناسبة تعيين الأعضاء المسؤولين للمجلس النهائي وهو "مجلس اختتام أسبوع التعارف للمستجدين والمستجدات سنة ٢٠١٧\٢٠١٨م". ثم بذلوا جهودهم وأوقاتهم من أجل إنجاح مجلسهم هذا الذي قاموا به في ٣ نوفمبر.



  • وتشرف المجلس بحضور فضيلة الأستاذ عارفين بن داتوء فادوك حاج أبو بكر، والأستاذ سرقاوي بن حاج أبو بكر والأستاذة اليماس واتي بنت داموغ حاج عمر علي. وازداد المجلس حينئذ جمالا وروعة بالقصيدة التي أنشدها المستجدون والنشيد من قِبَل المستجدات.

 فاختتم "أسبوع التعارف" بختام ذلك المجلس. وأما الهدف من قيام هذا الأسبوع، فهو لتقوية وتثبيت الأخوة بين المستجدين والمستجدات وسائر طلبة بروناي دار السلام بالقاهرة في مصر. وأخيرا، ندعو الله أن يوفقنا للخير ويتقبل منا صالح أعمالنا. آمين.




 26/10/2017Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Penuntut Brunei Di Kaherah Mesir Sesi 2017/2018 telah mengungkayahkan Majlis Minggu Ta’aruf untuk Mustagidin-Mustagidat Sesi 2017/2018 yang telah berlangsung selama sembilan hari iaitu bermula 26 haribulan Oktober sehingga 3 haribulan November.

 Minggu ta’aruf tersebut dimulakan dengan sesi suai kenal untuk para mustagidin dan mustagidat memperkenalkan diri mereka kepada mahasiswa dan mahasiswi BruCai selepas selesai Majlis Pembuka Tirai Aktiviti BKPDK 2017/2018 dan menunaikan solat fardhu Isya’ berjema’ah di Surau Darussalam. Turut hadir memeriahkan majlis, Ustaz Sarkawi bin Haji Abu Bakar dan Ustazah Alimaswati binti Damong Haji Omar Ali, selaku Pegawai Kesejahteraan Penuntut BruCai. Kemudian, acara malam itu diakhiri dengan Sesi “Ice Breaking” Mustagidin-Mustagidat bersama mahasiswa dan mahasiswi BruCai yang telah dilantik.

 Pada keesokan harinya, para mustagidin dan mustagidat bersama-sama turun ke surau bagi menunaikan solat fardhu Subuh berjema’ah diikuti dengan "Kelas Bahasa ‘Ammi" yang dikendalikan oleh Unit Penerangan Dan Pelajaran BKPBDK. Adapun tenaga pengajar yang diundang adalah mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di tahun akhir pengajian.

 Aktiviti yang paling digemari pada minggu tersebut adalah “Rehlah” iaitu melawat ke beberapa tempat bersejarah di Mesir; seperti Kubu Pertahanan Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Al-Imam As-Syafi’e, Piramid Giza dan menyelusuri Sungai Nil menaiki perahu.

 Seterusnya, para mustagidin mustagidat melantik ahli jawatankuasa sesama sendiri untuk acara kemuncak minggu ta’aruf iaitu Majlis Penutup Tirai Minggu Ta’aruf Mustagidin Mustagidat 2017/2018. Sepanjang tempoh masa selama 3 hari yang diberikan untuk bersiap sedia, para mustagidin mustagidat bekerjasama dalam menyumbangkan idea dan mengorbankan masa dan tenaga mereka demi menjayakan majlis mereka yang diadakan pada malam 3 haribulan November.

 Acara Kemuncak tersebut dihadiri oleh Yang Mulia, Ustaz Ariffin bin Dato Paduka Haji Awang Abu Bakar, Atachi Pelajaran dan Kebudayaan Negara Brunei Darussalam di Republik Arab Mesir selaku tetamu kehormat majlis, serta Ustaz Sarkawi bin Haji Abu Bakar dan Ustazah Alimaswati binti Damong Haji Omar Ali. Majlis tersebut diserikan dengan persembahan tausyeh dari para mustagidin dan nasyid dari para mustagidat dan akhirnya dengan tayangan video kenang-kenangan sepanjang minggu ta’aruf tersebut dijalankan.


Dengan berakhirnya majlis itu, maka berakhirlah Minggu Ta’aruf bagi Mustagidin-Mustagidat Sesi 2017/2018. Adapun objektif minggu ta’aruf ini diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi tali ukhuwwah yang terjalin di antara para mustagidin-mustagidat khususnya dan warga BruCai amnya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas warga BruCai jua. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.