مجلس ختم القرآن لمناسبة العيد الوطني ال-٣٣ لبروناي دارالسلام
Alhamdulillah,
dengan izin-Nya jua, pada hari Rabu, 22 Februari 2016M bersamaan 25
Jammadilawal 1438H, telah berkesempatan menyambut Majlis Doa Kesyukuran sempena
memperingati Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-33 yang
bertempat di Surau bangunan Darussalam. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang
Mulia Tuan Yang Terutama Tuan Haji Abdul Kahar Bin Haji Hussin, Duta besar
Negara Brunei Darussalam serta keluarga, para pegawai kedutaan serta keluarga
dan mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Kaherah, Mesir.
Majlis
dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan sembahyang hajat berjemaah yang
telah diimamkan oleh Ustaz Muhammad Syazwi bin Murni, disusuli dengan bacaan
surah Yassin beramai-ramai, doa hajat dan kesyukuran. Diteruskan lagi dengan
Majlis Khatam Al-Quran dan bacaan Doa Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz
Ak. Ahmad Faris Ramadhani Bin Pengiran Hj Sallehuddin. Manakala doa hari
kebangsaan dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Hj Hisyam Bin Haji Maidin, Pegawai
Ataci Pelajaran dan Kebudayaan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di
Kaherah, Mesir.
Majlis
diteruskan lagi dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah yang
diketuai oleh Ustaz Muhammad Najib bin Haji Aliakbar. Selepas itu majlis
dilanjutkan lagi dengan menikmati jamuan makanan yang telah disediakan.
Bagi
menyemarakkan lagi suasana, majlis dimeriahkan lagi dengan berbagai persembahan
yang menarik dari para mustagid dan mustagidah iaitu dimulai dengan menyanyikan
lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, kemudian diteruskan lagi dengan
persembahan nyanyian lagu patriotik “Laungan Brunei Darussalam” dan “Brunei
Tanah Airku”, persembahan silat, persembahan hadrah dan persembahan Tausyeh “Ya
‘Ashiqal Moustafa”.
![]() |
Alhamdulillah,
majlis ini diadakan bertujuan untuk memanjatkan doa dan rasa bersyukur kita ke
hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah kurniaNya ke atas Negara kita
yang tercinta, Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya majllis seperti ini,
semoga Negara kita akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wa
Taala. Amin.
No comments:
Post a Comment