مجلس افتتاح أنشطة الجمعية الخيرية لطلبة بروناي دارالسلام بالقاهرة للعام ٢٠١٦ - ٢٠١٧م
Kaherah, Republik Arab Mesir, 6hb November 2016M bersamaan 7 Safar 1438H - Alhamdulillah, Badan Kebajikan Penuntut Brunei
Darussalam di Kaherah (BKPBDK) sesi 2016/2017 telah berjaya mengungkayahkan
majlis Pembuka Tirai BKPBDK di surau Darussalam dengan dihadiri oleh pegawai
kesejahteraan penuntut, ahli-ahli BKPBDK, mahasiswa dan mahasiswi Brunei di
Kaherah.
Majlis dimulakan dengan solat
Maghrib berjemaah yang diketuai oleh Ketua Unit Sukan Dan Kesihatan iaitu Ustaz
Awangku Muhammad Harith Bin Pengiran Yakob dan seterusnya bacaan surah Yasin
dan Tahlil diketuai oleh Ustaz Augustian Abdul Hakeem Bin Haji Daniel Alexander
yang mana beliau merupakan Ketua Unit Agama Dan Akhlak bagi tahun 2016/2017
ini.
Bagi memberkati majlis, acara
diteruskan lagi dengan bacaan doa Yasin dan doa Tahlil yang dipimpin oleh Ketua
Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan iaitu Ustaz Muhammad Salihan Bin Samra
disertai dengan doa kesyukuran dan doa peliharakan Sultan yang dipimpin oleh
Ustaz Mohammad Hilmi Bin Yakop selaku Ketua Unit Pelajaran Dan Penerangan.
Di kesempatan ini juga, Presiden
BKPBDK sesi 2016/2017, Ustaz Muhammad Nur Naqiudin Bin Haji Rosman turut
memberikan sepatah dua kata. Antara ucapan beliau, beliau selaku Ketua BKPBDK
tahun ini berjanji untuk memberikan yang terbaik dalam menjalan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Beliau juga ada menyentuh tentang
slogan Brucai ‘Ke Arah Perpaduan Intelek Islam Yang Berkaliber’. Beliau
menekankan kepada mahasiswa dan mahasiswi Brucai agar membawa ilmu yang
dipelajari dan ditimba di Mesir untuk disumbangkan ke Negara Brunei Darussalam
dan beliau juga berpesan supaya ahli Brucai berkebolehan dalam pelbagai bidang,
pandai bersosial dan bukan semata-mata pandai belajar sahaja.
Majlis ditutup dengan solat Isya’
berjemaah yang diketuai oleh Bendahari Agung 1, Ustaz Muhammad ‘Atifin Abdul
Latif. Seterusnya, semua hadirin beredar dari surau Darussalam untuk menikmati
jamuan. Dengan itu berakhirlah sudah majlis Pembuka Tirai BKPBDK sesi
2016/2017.