حملة النظافة للجمعية الخيرية لطلبة بروناي دارالسلام بالقاهرة ٢٠١٦ - ٢٠١٧م
Kaherah,
Republik Arab Mesir, 4 November – Alhamdulillah Badan Kebajikan Penuntut Brunei
Darussalam di Kaherah (BKPBDK) Sesi
2016/2017M telah mengadakan kempen kebersihan satu Brucai. Program ini
dianjurkan oleh Unit Kebajikan Dan Kemasyarakatan BKPBDK.
Adapun
kempen ini diadakan di bangunan Darussalam. Setiap unit badan telah dibahagikan
untuk membersihkan tempat-tempat yang telah ditetapkan seperti surau, mini hall,
bilik perpustakaan dan sebagainya. Kempen bermula pada pukul 2 petang selepas
solat jumaat sehingga pukul 3 bagi memberi ruang para mahasiswa/mahasiswi untuk
berehat serta menunaikan solat fardhu ‘Asar berjemaah yang dipimpin oleh Ketua
Unit Agama Dan Akhlak. Kempen diteruskan semula sehingga pukul 5 petang dan
diakhiri dengan menikmati jamuan.
No comments:
Post a Comment